Monday, September 7, 2020

KELEBIHAN PERNIAGAAN ONLINE

๐Š๐„๐‹๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„ | Liana Amandla 

Perniagaan online adalah pilihan terbaik dan mudah bagi peniaga yang baru mahu berjinak jinak dalam bidang perniagaan atau pun pekerja yang tekad ingin menjana pendapatan hanya di hujung jari. Dengan kemudahan aplikasi dan perkembangan teknologi rangkaian internet yang ada, perniagaan online telah menjadi pilihan ramai ahli perniagaan. 

Antara kelebihan perniagaan online yang utama adalah, ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐จ๐๐š๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก. Hal ini kerana, para peniaga tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli/menyewa kedai di luar. Malah, peniaga hanya perlukan telefon bimbit/ komputer riba dan sambungan rangkaian internet sahaja untuk mempromosikan perniagaan dan produk. Saya amat yakin bahawa rata rata pengguna telefon bimbit mempunyai pelan data internet yang mudah dicapai dan ini menjadikan perniagaan online amat fleksibel.

Kelebihan perniagaan online yang seterusnya adalah ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ฅ. Sekiranya anda membuka kedai, anda terpaksa membuka kedai pada waktu operasi selalunya antara jam 10pagi hingga 10malam. Hal ini menyebabkan anda terikat dengan waktu perniagaan anda. Manakala perniagaan secara online pula, memberikan anda masa yang sangat fleksibel dimana anda tidak terikat oleh waktu perniagaan. Anda boleh mempromosikan atau menguruskan urusniaga jualan produk anda tanpa mengira waktu dan di mana sahaja tempat anda berada. Di rumah atau diluar kawasan, anda masih boleh menerima atau membuat pesanan produk serta mempromosikan produk anda hanya di atas talian sahaja. Malahan, ada juga surirumah berniaga secara online sambil menjaga anak! Mudah bukan? 

Kelebihan perniagaan online yang terakhir adalah ๐ค๐ž๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข. Dengan permulaan modal yang rendah serta masa yang fleksibel, para peniaga turut mendapat keuntungan yang tinggi. Hal ini kerana, peniaga online mempunyai pasaran yang sangat luas merangkumi seluruh Malaysia dan juga pasaran luar negara. Perniagaan secara online ini dapat berkembang dengan maju kerana pelanggan boleh datang dari pelbagai negeri yang berlainan dan pendapatan juga akan meningkat jauh lebih banyak berbanding anda membuka kedai yang hanya bergantung pada suatu kawasan tertentu dan tidak meluas.  

Akhir kalam, terdapat pelbagai lagi kelebihan apabila anda menceburi bidang perniagaan secara online ini. Jadilah peniaga dan pengguna yang bijak membeli belah secara atas talian. Jika anda mahu mulakan perniagaan secara online ini, bolehlah berhubung dengan saya untuk maklumat yang lebih jelas. Teruskan sebar manfaat baik untuk kebaikan ramai orang. Jom mulakan pernigaan secara online hari ini. Lebih cepat bertindak, lebih lumayan pendapatan! 

๐—Ÿ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—น๐—ฎ | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ฒ๐—ฒ |๐—๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป



GLA COMPLEX IS BACK

 Hai Assalamualaikum semua... Mana peminat GLA Complex? Meh liana nak bagitau, produk kegemaran korang NOW AVAILABLE!!๐Ÿคฉ Lama betul ye GLA C...