*KETERANGAN FASA GERHANA BULAN DI MALAYSIA*
1. Sekitar jam 4.47 petang - *Fasa gerhana penumbra (P1)*
- Bulan mula memasuki penumbra.
- Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk
2. Sekitar jam 5.44 petang - *Fasa gerhana separa bermula (U1)*
- Bulan mula memasuki umbra
- Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk
3. Sekitar jam 7.11 malam- *Fasa gerhana penuh bermula (U2)*
- Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
- Boleh dilihat di Sabah dan Sarawak sahaja ketika bulan terbit dan rendah di ufuk timur.
4. Sekitar jam 7.19 malam - *Gerhana maksimum*
- Boleh dilihat di Semenanjung ketika bulan sedang terbit dan rendah di ufuk timur
5. Sekitar jam 7.25 malam - *Fasa gerhana penuh tamat (U3)*
- Bulan mula keluar dari umbra
- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk
6. Sekitar jam 8.52 malam - *Fasa gerhana separa tamat (U4)*
- Bulan keluar sepenuhnya dari umbra
- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk
7. Sekitar jam 9.49 malam ' *Fasa gerhana penumbra tamat (P4)*
- Bulan keluar sepenuhnya dari penumbra
- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk.
No comments:
Post a Comment